Wednesday, March 24, 2010

Sejarah Penubuhan Freestyle Anglers

Idea penubuhan kelab memancing ini telah lama diilhamkan oleh Pres, Sandy, dlm sesi-sesi ngeteh di (Canteen Corner @ CC). Namun, pada ketika itu, tidak ramai yg meminati hobi memancing ini dan kebanyakan drpd geng CC tidak arif atau tidak tahu langsung mengenai memancing. Dan ianya terkubur begitu shj.

Namun, Sandy yg tdk pernah mengenal erti jemu saban kali menyatakan perkara yg sama. Impian hampir menjadi kenyataan. Trip Family Day CC di Punggai Bayu Beach Resort merupakan mangkin kepada penubuhan kelab ini. Kerana ketika itu, antara aktiviti yg dilakukan ialah memancing. Pada masa inilah, dilihat minat telah mula ditunjukkan oleh pemancing-pemancing baru.



Cerita ini tidak habis di sini shj. Dlm perjalanan pulang ke rumah masing-masing, kami singgah di Teluk Sengat utk makan tengahari. Ketika inilah muncul idea dari Sandy utk memancing di salah satu kelong yg terdapat di sini.


Kelihatan deretan rumah rakit jauh nun di belakang

Bersetuju, trip pertama dibuat ke kelong Telok Sengat. Pada masa ini kelab ini masih belum rasmi penubuhannya. Namun ini merupakan satu anjakan yg baik. Sebelum naik ke rakit, semasa sesi makan2, perbincangan dibuat utk penubuhan kelab.


Perbincangan sblm naik bot ke rumah rakit

Pada masa itu, masing2 bersepakat menamakan kelab ini sebagai ChaiSEA Fishing Club. Maka pada 25 April 2010, tertubuhnya kelab memancing ini dengan nama ChaiSEA FC.


Logo lama

Beberapa hari slps pulang shj drpd trip rakit itu, mesyuarat diadakan utk projek2 berikutnya dan pada masa inilah nama ChaiSEA FC ditukar kepada Freestyle Anglers dan kekal sehingga sekarang.


Logo baru dan terkini

No comments:

Post a Comment