Monday, August 2, 2010

Freestyle Anglers bersama Tekong Badol

Tarikh: 31 July 2010 - 1 August 2010
Ahlul Komplot: Sandy, Amin, Fuad, Qayyum, Fazrul, Zul aka Bawang


Akhirnya masa yg ditunggu telah tiba.

Sepatutnya kami semua berkumpul di rumah Qayyum pada jam 10 mlm sebelum bermalam di rumah mertua Sandy di Felda Simpang Waha. Bagaimanapun Zul tidak dapat menepati masa yg ditetapkan atas sebab2 peribadi. Maka terpaksalah kami bermalam di rumah Qayyum kerana masa menunjukkan jam 12.30 mlm ketika Zul tiba. Slps calling2 Sandy memberitahu masa telah lewat utk kami ke rumah mertua beliau (Sandy tunggu kami di sana), maka rancangan berubah (masa ni rasa bersalah sbb mertua Sandy telah masak utk kami mkn mlm di rumah beliau). Jam 3 pg kami bertolak menuju ke Felda Simpang Waha utk menjemput Sandy. Di rumah mertua Sandy, kami dihidangkan dengan sedikit sarapan dan juga sedikit bekalan nasi dan lauk pauk utk santapan kami sebelum bergerak menuju jeti Sedili Besar.


Menunggu Zul yg x kunjung tiba


Fuad buka kedai servis reel


2 murahguru jigging menyediakan jig set


Bertolak dr rumah Qayyum


Tiba di Jeti Sedili Besar

Jam 5 pg, kami tiba di jeti Sedili Besar dan sesi pemunggahan pun bermula. Apa yg penting..."kerjasama !!!"










Taklimat pemakaian floating jacket oleh Fazrul



Malangnya, tekong Badol tdk dpt mnjadi tekong kami kerana dipanggil jabatan perikanan. Maka trip kami diringi oleh asistan kelong (Sharin) bersama bapak mertua beliau (kami pgl otai).

Selesai pembacaan doa oleh Amin, jam 6 pg, kami pun bertolak dari jeti. Perjalanan ke lubuk pertama selama 2 jam diisi oleh sebahagian besar ahli utk tido kerana sepanjang mlm tidak cukup tido. Hanya Sandy dan Fazrul yg masih segar bugar bersembang sambil menyiapkan perambut dan senjata masing2.


Keindahan alam ciptaan Allah s.w.t


Air yg lenang dan tenang

Hampir tiba ke lubuk pertama, bekalan nasi dan sedikit lauk yg disediakan oleh mertua Sandy utk kami dijamah secara berjemaah. Ini berdasarkan teori bahawa perut akan berasa lapar apabila bangun tido.


Bangun je tido terus melantak

Bot berlabuh di spot yg pertama. Sandy dan Fazrul paling awal melabuhkan joran masing2. Tak perlu menunggu lama.

Ikan pertama, iaitu kerapu dinaikkan oleh Fazrul dengan berbekalkan Abu Garcia Conolon + Abu Garcia Cardinal 706LX + Berkley 40lb mainline + Berkley floro 60lb.

Maka masing2 pun bersemangat berkobar2.


Ikan kedua oleh Fuad juga kerapu

Amin kemudiannya mendapat strike yg agak kuat dan sedikit berusaha menggunakan Eupro Hammer Jig PE 2-4 + Daiwa Regal 4000 + PowerPro 50lb braided mainline + Tomman Steel wire 50lb utk menaikkan ikan tersebut, iaitu ketarap.



Fazrul sekali lg mendapat strike yg juga agak kuat. Setelah menghampiri permukaan air, dilihat double hook ikan kerapu dan kaci.

Sandy kemudiannya mendapat strike dan berjaya menewaskan sang ketarap.

Sekali lg joran Fuad melendut kuat serta drag berbunyi keluar. Rod Shimano FX + Shimano Nexave 4000 + Eupro 40lb braided mainline + perambut 60lb berhempas pulas yg akhirnya menghasilkan sang ketarap - sungguh kuat ikan ini.





Ketika ikan sedang frenzy inilah rod Exory Capricorn medium + Pioneer Apache 4000 + PowerPro 40lb braided mainline + Berkley floro 60lb Fazrul direntap kuat sehingga hujung rod mencecah air. Drag yg diketatkan tidak berhenti2 keluar seperti air. Perlawanan singkat apabila ikan misteri berjaya merabutkan diri. Agak hampa ketika itu.

Zul pula menerima strike yg kuat. Cubaan menahan asakan ikan misteri telah mematahkan 3 ring pada rod beliau. Bertahan selama 5 minit sebelum tali terputus. Hampa juga.

Dalam kehampaan, sekali ikan misteri menyentap kasar rod Fazrul yg br shj rabut td. Kali ini peluang tidak diberikan kepada ikan misteri tersebut. Drag yg keluar tidak henti2 dikawal manual dengan jari diletakkan pd spool. Joran disentap 3 kali sehingga menjadi "U" utk memastikan firm hook. Pada masa ini, jika joran patah juga tidak diambil kisah demi menewaskan ikan misteri. Dlm kurang 5 minit ikan misteri menampakkan diri di permukaan air dan disauk ke atas bot - berskala 2kg.



Joran Fuad disebelah kemudiannya menerima asakan kasar, namun akibat lambat menyentap joran, ikan berjaya menyelinap di karang. Cubaan bertahan hanya menghasilkan perambut yg rosak dimamah karang.

Qayyum yg hampir mengtransformkan diri menjadi bangau merungut kerana joran beliau tidak dijamah ikan. Fazrul memberi laluan kepada Qayyum utk menukar spot. Akibat rungutannya itu, tidak lama kemudian, Rod Daiwa + Shimano Sienna + PowerPro 40lb + 60lb perambut direntap sehingga melengkung. Peringkat awal perlawana begitu sengit spt acara tarik tali, tetapi setelah berjaya meletihkan ikan, ketarap yg bersaiz besar berjaya di sauk ke atas bot.



Inilah situasi ketika ikan sedang frenzy. Tak byk gambar dpt diambil dan video utk dirakam.

Ya...makan time...itulah jeritan tekong kami. Walaupun hanya nasi putih, sambal kical dan berlaukkan ikan kaci & delah goreng, mmg sedap dimakan ketika fresh dan beramai2 bersama rakan2.



Kepulauan di sekitar lubuk pertama.


Pulau Kembar


Pulau Batu Putih


Pulau tinggi

Banyak lubuk dijelajahi, namun tidak sefrenzy sesi pagi. Keadaan cuaca hujan 2,3 hari sblm trip kami ini disamping faktor rezki membuatkn byk spesis target spt tenggiri, sagai, ebek, kacang, pari dll tak berjaya dikesan. Namun kami tidaklah berasa ralat kerana inilah adat memancing. Yang penting, masa bersama rakan2 bergelak ketawa bersuka ria itulah yg plg best.

Sesi petang tidak byk ikan yg sudi menjamah umpan. Maka ada yg tidur atau sekadar bersembang2 hal kerja atau cubaan membuat rig yg bukan2 utk mengorat dan menjerat sang ikan (dah nama pun freestyle...maka suke hati lah). Sambil bersembang sambil melayan amboh dipasang mata apollo. Dapatlah geli2 dengan ikan-ikan karang.

Makan time...suara tekong memanggil kami. Huh, ini trip memancing sambil mkn. Bukan ikan yg mkn umpan...asyik kami je la yg mencekik tak henti2. Kali ini kari ikan pula. Mmg mabeles !



Di malamnya pula, hanyalah ikan2 kaci, tanda, kerapu dan delah yg sudi menjamah umpan kami. Sehinggalah joran Fuad dijamah ikan yg agak luar biasa kekuatannya. Perlawanan agak lama kerana ikan ini gemar bermain tarik tali. Akhirnya keputusan memihak kpd kami apabila sang pari memunculkan diri.



Kemudian, joran Fazrul direntap, tetapi perlawanan sekejap kerana rabut. Rupanya ikan tersebut bersambut pula rod sebelah. Dan Zul pun mula melayan ikan tersebut yg akhirnya memunculkan diri - ikan yu cerdik.


Amin bergambar dgn Zul punya yu cerdik

Kemudian, kembali bersembang2 shj sambil menunggu ikan menjamah umpan. Sekali lg rod Zul bersambut. Kali ini lebih kuat drpd ikan yu td. Acara tarik tali bermula yg menghasilkan ikan kaci berskala 2kg yg sedikit kecil drpd ikan kaci Fazrul.

Masing2 kembali bersemangat kerana ikan besar telah muncul. Rod Fazrul disentap pula. Ikan tidak diberi peluang utk menarik drag keluar dan berjaya disauk - ikan yu cerdik juga.

Kemudian tiada lg aksi menarik dan masing2 mula mengantuk kecuali Zul. Sorg2 memancing, beliau telah berjaya mengisi separuh tong cat dgn ikan tanda, delah dan kerapu bersaiz sdp2.

Tak tahu pukul berapa, angin mula bertiup kuat dan hujan mula turun menandakan ribut akan melanda. Sauh bot dinaikkan dan bot mula menuju ke pulau sekitar utk berlindung.


Pulau tempat berlindung dari ribut

Selepas ribut reda, bot mula menuju lubuk karang terakhir sblm balik. Disini, mmg milik Sandy. Beliau yg asyik merungut "asyik korg je dpt ikan...aku bile lg", di lubuk terakhir inilah hanya joran beliau shj yg sudi dijamah ikan kerapu, ketarap, tanda dll sehingga memenuhkan tong cat slps Fuad menyerahkan buntat beliau.

Ok...angkat...blk ! Jeri tekong pd jam lbh kurang 1 tengari.

Kami berkemas2 dan memunggah ikan, bergambar dan membahagi ikan.


Hasil keseluruhan


Bergambar bersama hasil


Selesai pembahagian ikan


Juara ikan terberat


Tempat kedua ikan terberat


Tempat ketiga ikan terberat


Beramai-ramai (Fazrul cameraman)


Sejarah telah tercatat


Bilik apa ni ? Jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri

Perjalanan pulang hanyalah dihiasi dgn sembang2, gelak ketawa dan membahan antara satu sama lain kerana byk peristiwa lucu yg berlaku sepanjang trip ini.












WE'LL BE BACK !!!

1 comment:

  1. Esok pari bakar dengan ketarap sweet sour..
    pukul 10 stgh...

    ReplyDelete