22 May 10: 10.00 mlm...... Jamain dan Herwan tiba di lokasi, bersiap sedia dengan kelengkapan perang sementara ejen Leman dan Po-ad ke rumah otai Zam untuk mengambil beliau selepas menunaikan hajat perut masing2 (makan malam di Taman Aman, Senai).
22May 10: 11.00mlm....... Semua 5 anggota telah selamat tiba di Kolam Damai dan menuju ke port untuk bersiap sedia dengan set fishing masing2....
Dengan lafaz Bismillah kami menurunkan umpan masing2 (kitorang guna umpan udang hidup dengan teknik bottom)
23 may 10: 1.00pg...... Suasana senyap dan sepi menyelubungi kolam B... Masing 2 sibuk berborak sambil mengepam paru2 masing2 dengan asap.......
Herwan (Baju merah) dan Jamain sedang menanti joran di sambar ikan
23 May 10: 1.30pg....... Suasana hening dikejutkan dengan sentapan dari penghuni kolam.... gelama Taiwan dinaikkan namun joran orang lain yang mengena... Kami hampa namun tetap tidak putus asa.... Bergerak ke jeti kolam untuk melancarkan serangan ke tengah kolam... Kami menyelit2 di tengah2 pemancing lain tanpa rasa malu.....
23 May 10: 2.00pg........ po-ad memerut kerana tak tahan minum nes panas tengah pagi buta.... pemergian beliau disambut dengan sentapan ikan kerapu namun oleh sebab kekaguman mengatasi segalanya, Fazrul hanya tergamam sebelum menarik kosong set shimano po-ad dengan kehampaan.... hampa lagi.....
23 May 10: 4.00pg......... teknik bottom bertukar kepada teknik pelampung kerana mungkin ikan kerapu masih nyenyak tidur ....... dan udang hidup kami sering menarik rumpai untuk dijadikan selimut
23 May 10:4.30pg.......... udang hidup yang di lontar ke tengah2 kolam akhirnya disambar... (selepas hp bateri po-ad habis ) lampu pelampung hilang dan serentak itu joran disentap... po-ad berlawan dengan siakap.... Siakap mengambur di permukaan air melawan sentapan joran po-ad.... 2 minit setengah berakhir selepas siakap memasuki sauk yang disua oleh Zam selepas 3 kali Siakap mengambur di udara mengelak daripada memasuki sauk...
Kepuasan terpampar diwajah po-ad (kanan) selepas menaikkan siakap...
Semua menunjukkan kepuasan walaupun hanya rakan mereka yang menaikkan ikan.. *ikatan mata kail po-ad terlucut sebaik sahaja berada dalam pegangan fazrul... memang nasib si po-ad, kalau lucut di dalam air... alamatnya hampa lah sekali lagi....
Pengalaman sebegini menjadikan kami lebih matang dalam dunia pemancingan yang serba mencabar ini..
Ikan dimasukkan di dalam jaring dan kedengaran suara budak berkata "mak beso nyer ikan dier" fazrul yang dengar.... Ikan yang dijangka seberat 2 atau 3 kilo oleh herwan ini memang puas untuk di lawan namun cakap banyak tak guna, kitorang terus melancarkan serangan semula...
Tepat pukul 5.45pg joran fazrul disentap... Zam dengan tangkas menyambar joran dan bermulalah pertarungan... kelibat ikan dilihat di permukaan air nyata kali ini kerapu mungkin dalam 7 atau 8 kilo.... sebaik sahaja sauk diturunkan mendekati ikan... kerapu yang nyata belum mahu mengaku kalah dengan tangkas memecut masuk ke bawah jeti dan kedengaranlah mesin "abu" milik fazrul mengeluarkan bunyi yang penuh mendebarkan... namun... jeng3x
kerapu yang melawan lebih handal... menggesel di balik kayu jeti dan kedengaranlah tessss!!!!!!!!!!!
diulang lagi sekali
TEEEEEEEEEESSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!
Tali benang milik fazrul putus!!!!!!!!!!!!!! braid line 40lb putus!!!!! masing2 memandang wajah masing2 dengan kedebaran..... Zam dan Fazrul mengejar pelampung yang dibawa lari oleh En kerapu itu namun hampa.. kerana ikan kerapu pantas berenang ke tengah kolam dan terus menghilang memasuki gelung..
Pertarungan berakhir jam 7 pagi dengan menimbang siakap milik po-ad seberat 2.785 kilo dengan ini termaktublah tangkapan peribadi po-ad tangkapan terberat Siakap 2.785kg
Bergambar dengan hasil sebelum pulang
Perjalanan kami berakhir di kedai makan di Perling untuk bersarapan......
Sekian laporan untuk aktiviti kali ini....
aku terpakse xpegi walaupon telah dijemput sebab nk tgk bola....
ReplyDeleteTahniah! Tahniah! Goreng pon sodap..
ReplyDeletebile mau reten? x puas ati ni...
ReplyDeleteaku nk tarik gak...
terngiang kt tinge...scret scret...tes!!!
hampa terus...
gambo hampa xnk aplot ke?
ReplyDeletegbr org x bersalah xnk tunjuk ke?
Ada pengeditan.... nanti baru uplot.. mebi esok.
ReplyDeletemane pengeditannye?
ReplyDelete