Monday, May 31, 2010

Damai Return 29-30 Mei 2010

Disebabkan episod kekeciwaan pd mgu lps, maka komplotan kami berterusan ke minggu ini, dgn mottonye..."kami ripit".

Ahlul yg terlibat dlm peperangan kali ini ialah Herwan, Fuad, Fazrul, Zam & Azrul.

Jam 8.30 mlm, menerima mesej dr Herwan..."jadik18x"

Fazrul pun reply mesej tersebut...'jadik25x"

Jam 9 mlm, Azrul menerima mesej dr Herwan..."on the way ke underwear?"

Maka, Azrul pun mereply..."jap lg aku smpai...tgh pkai underwear"

Herwan dgn pantas memberi petua..."pkai underwear terbalik tau"

Jam 9.15 mlm, Herwan & Azrul tiba di tempat kejadian merangka strategi.

Jam 9.30 mlm, Fazrul tiba untuk memberi bantuan.

Jam 10 mlm, Fuad & Zam tiba membawa askar tambahan.

Strategi yg dipertaruhkan:-
1) Perambut setengah depa cabang dua utk teknik bottom
2) Perambut setengah depa utk teknik pelampung
3) Peluru jenama owner saiz 2/0 & batu kapit
4) Askar udang hidup, kembung, selayang

Slps menyiapkan peralatan perang & lokasi yg strategik telah dikenalpasti, maka joran dilabuhkan menggunakan teknik bottom dahulu.

Tak smpai 15 minit menunggu, joran Herwan menerima henjutan dan disambut oleh Azrul.

Ikan dilayan sehingga ke tengah kolam, sambil Azrul berhempas pulas mengepam ikan sambil sorakan diberi oleh rakan2 yg lain.

Malangnya, ikan yg nyata lebih tangkas, dgn tiba2 memecut selaju kereta F1 ke celah kayu berhampiran sangkar walaupun drag telah dilock dgn agk ketat. Malah, mmg nyata IQ ikan tersebut sebijak kancil apabila melilitkan perambut bersama mainline pd tiang kayu. Ikan tersebut dikenalpasti sbg unga tanda pd skala 4kg ++. Maka, putuslah tali dan pihak kami tewas pd pertarungan pertama.

Sepantas kilat, Herwan menyiapkan perambut br dan lokasi strategik kedua diserang. Sekali lg, tidak smpai 15 minit, joran beliau menerima henjutan, namun, Herwan yg menjadikan kolam Damai bak rumah kedua beliau tidak gentar & gelisah. Ikan terus dihenjut tanpa belas kasihan utk memastikan firm hook, kerana lokasi tersebut menyaksikan ramai pemancing mengalami demam rabut. Saksikanlah aksi & eksen beliau. Hasil tersebut seberat 3.120kg.


video

Kami kemudiannya berpecah ke beberapa lokasi berlainan utk mencari lubuk. Namun, ikan nampaknye tido awl pd mlm tersebut. Hanya ikan tersebut seko shj yg berjaya dinaikkn pd mlm tersebut, tetapi, byk peristiwa rabut & mainline putus (Fazrul nye lg putus...Herwan hampa sambil eksen). Kami tidak akan berputus asa, & akan kembali lg utk sesi ripit 3. Yg penting, sesi pancingan di kolam damai ini lebih kpd pendedahan & latihan sewaktu melayan ikan yg kasar2 dibimbing oleh VP Herwan dan otai Zam.

Tak byk gambo yg diambil pd mlm tersebut disebabkan nk save bateri hp. Tp ade beberapa keping gambo utk hiburan sume.

Fuad yg hampa apabila mainline Fazrul putus lg

Barisan jihad yg terkorban akibat dicium ikan (kne heart attack) atau mati terhempas ke air

Sunday, May 23, 2010

Penangan Kolam Damai 22/23 May 2010

22 May 10: 9.30 mlm..... Mesej tiba dari ejen spy Leman 007 a.k.a Fazrul menjemput Po-ad ke lokasi Kolam Damai, Perling Johor.

22 May 10: 10.00 mlm...... Jamain dan Herwan tiba di lokasi, bersiap sedia dengan kelengkapan perang sementara ejen Leman dan Po-ad ke rumah otai Zam untuk mengambil beliau selepas menunaikan hajat perut masing2 (makan malam di Taman Aman, Senai).

22May 10: 11.00mlm....... Semua 5 anggota telah selamat tiba di Kolam Damai dan menuju ke port untuk bersiap sedia dengan set fishing masing2....

Dengan lafaz Bismillah kami menurunkan umpan masing2 (kitorang guna umpan udang hidup dengan teknik bottom)

23 may 10: 1.00pg...... Suasana senyap dan sepi menyelubungi kolam B... Masing 2 sibuk berborak sambil mengepam paru2 masing2 dengan asap.......



Herwan (Baju merah) dan Jamain sedang menanti joran di sambar ikan

23 May 10: 1.30pg....... Suasana hening dikejutkan dengan sentapan dari penghuni kolam.... gelama Taiwan dinaikkan namun joran orang lain yang mengena... Kami hampa namun tetap tidak putus asa.... Bergerak ke jeti kolam untuk melancarkan serangan ke tengah kolam... Kami menyelit2 di tengah2 pemancing lain tanpa rasa malu.....

23 May 10: 2.00pg........ po-ad memerut kerana tak tahan minum nes panas tengah pagi buta.... pemergian beliau disambut dengan sentapan ikan kerapu namun oleh sebab kekaguman mengatasi segalanya, Fazrul hanya tergamam sebelum menarik kosong set shimano po-ad dengan kehampaan.... hampa lagi.....

23 May 10: 4.00pg......... teknik bottom bertukar kepada teknik pelampung kerana mungkin ikan kerapu masih nyenyak tidur ....... dan udang hidup kami sering menarik rumpai untuk dijadikan selimut

23 May 10:4.30pg.......... udang hidup yang di lontar ke tengah2 kolam akhirnya disambar... (selepas hp bateri po-ad habis ) lampu pelampung hilang dan serentak itu joran disentap... po-ad berlawan dengan siakap.... Siakap mengambur di permukaan air melawan sentapan joran po-ad.... 2 minit setengah berakhir selepas siakap memasuki sauk yang disua oleh Zam selepas 3 kali Siakap mengambur di udara mengelak daripada memasuki sauk...

Kepuasan terpampar diwajah po-ad (kanan) selepas menaikkan siakap...
Semua menunjukkan kepuasan walaupun hanya rakan mereka yang menaikkan ikan.. *ikatan mata kail po-ad terlucut sebaik sahaja berada dalam pegangan fazrul... memang nasib si po-ad, kalau lucut di dalam air... alamatnya hampa lah sekali lagi....

Pengalaman sebegini menjadikan kami lebih matang dalam dunia pemancingan yang serba mencabar ini..

Ikan dimasukkan di dalam jaring dan kedengaran suara budak berkata "mak beso nyer ikan dier" fazrul yang dengar.... Ikan yang dijangka seberat 2 atau 3 kilo oleh herwan ini memang puas untuk di lawan namun cakap banyak tak guna, kitorang terus melancarkan serangan semula...

Tepat pukul 5.45pg joran fazrul disentap... Zam dengan tangkas menyambar joran dan bermulalah pertarungan... kelibat ikan dilihat di permukaan air nyata kali ini kerapu mungkin dalam 7 atau 8 kilo.... sebaik sahaja sauk diturunkan mendekati ikan... kerapu yang nyata belum mahu mengaku kalah dengan tangkas memecut masuk ke bawah jeti dan kedengaranlah mesin "abu" milik fazrul mengeluarkan bunyi yang penuh mendebarkan... namun... jeng3x

kerapu yang melawan lebih handal... menggesel di balik kayu jeti dan kedengaranlah tessss!!!!!!!!!!!

diulang lagi sekali
TEEEEEEEEEESSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!

Tali benang milik fazrul putus!!!!!!!!!!!!!! braid line 40lb putus!!!!! masing2 memandang wajah masing2 dengan kedebaran..... Zam dan Fazrul mengejar pelampung yang dibawa lari oleh En kerapu itu namun hampa.. kerana ikan kerapu pantas berenang ke tengah kolam dan terus menghilang memasuki gelung..

Pertarungan berakhir jam 7 pagi dengan menimbang siakap milik po-ad seberat 2.785 kilo dengan ini termaktublah tangkapan peribadi po-ad tangkapan terberat Siakap 2.785kg




Bergambar dengan hasil sebelum pulang



Perjalanan kami berakhir di kedai makan di Perling untuk bersarapan......





Sekian laporan untuk aktiviti kali ini....

Monday, May 17, 2010

Gelombang Pertama Kelong Tebing Runtuh

Tarikh: 15 - 16 May 2010
Tempat: Kelong Tebing Runtuh, Gelang Patah

The Komplotans


Maen, Qayyum, Herwan, Dayak, Zam, Amin, Fazrul, Asoi

Sebelum melihat hasil tangkapan, sempena promosi cuti-cuti ponteng kerja, kami ingin mempromosikan kelong ini yg serba indah lagi mabeles, moga2 ramai yang akan menderhaka utk ponteng kerja di hari kelak.

Platform kelong yg luas yg boleh memuatkan ramai pemancing

Berdekatan dgn rakit sangkar ikan membolehkan ramai sepisis ikan bersiar2 dan menziarahi sanak sedara yg dipenjara

Bilik rehat dan bilik tido lengkap dgn katil, bantal & selimut

Dapur (dilengkapi gas & stove) & tandas (dilengkapi air bersih dari ladang)

BBQ deck

OK, back to the story. Skrg layanzzz gambar-gambar. A pictures can reflects a thousand stories.


Markas serangan di kejauhan


Lapang sasar artileri Singapura


Pasukan serangan hendap yg kerjanya mencuri umpan


Nasib penyerang hendap


Pemasaknya


Pemakannya


Herwan dan gemangnya


Sblm dibongkar


Slps dibongkar