Bergerak menggunakan kereta rasmi pasukan Naza Citra Maen (Bro-L) dan Kia Spectra milik Po-ad, kitorang terus menuju ke destinasi Telok Sengat... Membeli umpan udang kopek, ikan kembong dan bahan santapan perut masing2....
Tiba di jeti Telok Sengat, kitorang mengisi perut kat kedai makan terdekat.. sambil mengepam paru2 dengan asap dan menge"teh' serta menge"nes"...... Kitorang berangan2 tentang hasil yang bakal ditumpaskan nanti...
5 stgh petang, bergerak ke Kelong menaiki bot berkuasa kekuda 15hp milik Mohsin dengan 2 trip sebab tak muat... Sandy, Herwan, Jamain, Ameen, Fazrul, Po-ad, Baha, Qayyum, dan Zam akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke atas kelong.
Selesai shj sesi menyiapkan perambut, maka, sepak mula dimulakan. Tak perlu menunggu lama apabila Maen menggelecek pertahan pihak lawan sambil menghisap rokok dan seterusnya menjaringkan gol.
Amin yg kepanasan terus membuat serangan balas ataw bahasa inggerisnya counter-attack dan menyamakan kedudukan.
Po-ad yg kebengangan (sambil menyanyikan lagu Akim Bengang) terus membuat larian solo sambil menggelecek beberapa pemain dlm usaha utk membetah Maen dan Amin. Hasilnye...hehe...pengadil membatalkan jaringan tersebut kerana hand-ball...
Qayyum mula memikirkan strategi yg sesuai utk menafikan semua kejadian ini. Dengan seribu harapan, Qayyum membuat larian solo jauh di sudut kotak penalti sebelum merembat masuk utk merapatkan kedudukan.
Disebabkan beban nama beliau, iaitu Hero-Wan, lantas beliau mengarahkan semua pemain naik ke atas dlm posisi menyerang utk menggasak kubu pihak lawan. Sedikit sengit saingan yg diberikan oleh pertahanan pihak lawan, namun diving header berjaya menumpaskan lawan yg lebih kecil dr kepala beliau yg beruban...
Separuh masa pertama menyaksikan dua pemain dilayangkan kad kuning kerana melakukan terjahan keras ke atas Maen dan Amin supaya meminjamkan ikan mereka utk diambil gambar.
Separuh masa kedua bermula dgn Baha membuat gaya larian Apollo dlm usaha menggelecek 6 pihak lawan yg mengelilingi beliau. Dgn sedikit flip, akhirnya berjaya menumpaskan penjaga gol...yg kemudiannya berguling menangis akibat ditumpaskan.
Akibat diterjah oleh pihak lawan, pengadil menghadiahkan sepakan percuma kpd Qayyum. Sepakan lencong yg dibuat malangnya ditepis penjaga gol & terkena palang (sambil penjaga gol melibas2 kaki dgn riak).
Amin yg telah bosan melihat kerenah rakan sepasukan yg asyik mensia-siakan peluan di depan gawang lantas membuat larian solo penting diri yg akhirnya menghasilkan jaringan tercantik dan juga merupakan jaringan kemenangan.
Di masa-masa kecederaan, Hero-wan yg mau membuktikan beliau merupakan super-sub telah cube utk merapatkan kedudukan. Namun jaringan emas beliau di saat akhir tidak mampu utk menumpaskan Amin apabila hanya 1 jaringan menembusi gawang manakala 1 lg tersasar akibat teknik yg kurang tepat.
Jaringan keseluruhan oleh kami.